Pages

Monday, July 11, 2011

DAP tak hantar SMS minta kaum Cina jangan sertai Bersih 2.0


Warta KerajaanRakyat : KUALA LUMPUR, 11 Julai – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan tuduhan kononnya DAP telah menghantar pesanan SMS meminta kaum Cina supaya tidak menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 di sini Sabtu lalu.

Katanya DAP bukan sahaja tidak terlibat dengan SMS palsu itu malah telah menghantar 5,000 ahli dan penyokong menyertai perhimpunan aman itu utnuk menuntut pilihanraya bebas, adil dan bersih.

“DAP tidak pernah hantar mesej seperti itu kononnya untuk membiarkan orang Melayu bergaduh sesame sendiri. Ini salah satu daripada banyak taktik kotor kumpulan-kumpulan anti-Bersih,” katanya.


Beliau menambah mesej serta SMS yang dihantar oleh pemimpin dan ahli DAP adalah supaya semua rakyat Malaysia menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Semalam, Guan Eng telah melawat keluarga Baharudin Ahmad yang meninggal dunia selepas jatuh tidak sedarkan diri akibat kacau-bilau yang disebabkan oleh tembakan gas pemedih mata oleh polis di KLCC.

Beliau juga mengkritik tindakan kerajaan UMNO-BarisanNasional yang telah menyalahgunakan kuasa untuk menekan dan menyekat rakyat daripada menyuarakan tuntutan mereka.

Sementara itu, satu laman sosial web Facebook bertajuk “100,000 People Request Najib Tun Razak  Resignation” yang diwujudkan dalam masa dua hari sahaja sudah mencapai lebih dari yang disasarkan pada hari ini.

Pada jam 1 petang tadi, lebih 114,492 orang menyokong usaha mendesak Datuk  Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana tindakan ganas dan zalim kerajaan UMNO-Barisan Nasional menangani Bersih 2.0 serta pembohongan yang diteruskan selepas perhimpunan aman itu.

Tidak mustahil laman Facebook itu dapat ditingkatkan jumlah penyokongnya sehingga mencapai 1 juta dalam masa terdekat ini jika rakya tmemberi sokongan kepada usaha mewujudkan pilihanraya yang bebas, bersih dan adil serta mereformasikan system pentadbiran negara yang telah dirosakkan oleh kerajaan UMNO-BN.  – Roketkini.



No comments:

Posting Terkini