GEORGETOWN 11 Julai – Ratusan kenderaan terkandas hampir dua jam di laluan masuk dan keluar di Jambatan Pulau Pinang dan sekitar bandar itu apabila kabel elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di bawah jambatan itu terbakar petang tadi.
Jurucakap Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) berkata, kesesakan itu menjadi serius ekoran kejadian kebakaran kabel itu berlaku pada waktu puncak iaitu pada 5.30 petang tadi.
Bagaimanapun keadaan jalan beransur pulih pada 7 malam tadi setelah kerja-kerja pembaikan kabel dan memadam kebakaran selesai dijalankan.
Sementara itu, Pengurus Besar TNB Pulau Pinang Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi di sini mengesahkan berlakunya kebakaran kabel simpanan di bawah jambatan itu pada 5.25 petang tadi.
Katanya, kebakaran kabel itu bagaimanapun tidak menjejaskan bekalan elektrik di negeri itu kerana ia hanyalah kabel simpanan. – Bernama
1 comment:
Bukan sebab Perkakas silap tarikh untuk berdemo di Jambatan Pulau Pinang ke?
Post a Comment