WARTA KERAJAAN - PETALING JAYA: Ketibaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di lapangan terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu jam 9 malam tadi disambut bagai seorang wira yang kembali dari medan perang oleh pemimpin dan penyokong parti itu.
“Kawasan lapangan terbang ‘ditawan’ ribuan penyokong dari seluruh pelusuk negeri Terengganu. Kawasan bangunan juga melimpah ruah.
“Mereka datang dari segenap penjuru negeri untuk menyatakan sokongan kepada Tok Guru (Hadi Awang). Mereka datang sendiri dengan kenderaan masing-masing,” kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu memberitahu, ramai juga anggota polis di kawasan lapangan terbang itu hadir bagi mengawal keadaan, namun tiada kejadian tidak diingini berlaku.
“Mereka mahu menunjukkan sokongan kerana perjuangannya dalam perhimpunan Bersih sehingga ditahan polis di KL Sentral hari Sabtu lalu.
“Ahli dan penyokong PAS merasa kagum dengan keberanian dan kesungguhan Tok Guru sehingga sanggup ditangkap polis.
‘Tok Guru ditangkap polis’
‘Tok Guru ditangkap polis’
“Tidak pernah selama ini Tok Guru ditangkap polis,” beliau menambah.
Abdul Hadi bersama pemimpin lain termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dua Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan di perkarangan KL Sentral ketika menyertai perhimpunan Bersih Sabtu lalu.
Beliau yang dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur bagaimanapun, dibebaskan kira-kira jam 11 malam pada hari yang sama.
Abdul Wahid dalam ucapan ringkas di perkarangan lapangan terbang Sultan Mahmud berkata, Barisan Nasional (BN) memang penipu besar kerana sesiapa saja yang memakai baju kuning ditangkap.
“Bas dihalang, ramai yang di kalangan kita yang duduk dihotel pun diserbu oleh pihak polis. Ini yang menjadi masalah, apa yang mereka nak takutkan sangat?,” soal beliau.
Katanya, kerajaan Umno-BN tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat kerana sudah sampai masanya rakyat bangkit dan bangun menyatakan sikap dan pendirian.
No comments:
Post a Comment