Pages

Wednesday, February 9, 2011

Isu akidah: Jamil Khir keliru

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Jamil Khir Baharom berhubung isu akidah dalam sebuah akhbar tempatan hari ini sebagai ‘keliru’.
Menurut Nik Aziz, Jamil ternyata keliru dengan rentetan isu akidah yang memecah belahkan perpaduan umat Islam seperti yang didakwa segelintir pemimpin kerajaan Barisan Nasional sejak kebelakangan ini.

“Hairan saya membaca kenyataan Datuk Dr Jamil Khir Baharom dalam Berita Harian hari ini. Jelas beliau keliru dengan rentetan isu ini,” katanya dipetik melalui laman twitter.
Jamil melalui kenyataannya dalam Berita Harian hari ini berkata Nik Aziz tidak perlu mengheret pihak lain termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menegakkan kebenaran sekiranya bersetuju berdebat dengan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan, Mohd Noor Deris.

Nik Aziz pula mengingatkan Jamil bahawa tindakan meletakkan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk perdebatan merupakan cadangan individu lain.
“Perlu diingatkan, bukan saya yang mengheret nama Majlis Fatwa Kebangsaan, orang lain yang mencadangkan pandangannya dibincangkan dengan Majlis Fatwa.
“Saya hanya menyatakan persetujuan apabila ditanya oleh wartawan,” katanya.
Nik Aziz, 79, yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk mengeluarkan kenyataan umat Islam yang mengundi PAS masuk syurga dan undi Barisan Nasional masuk neraka.
Malah Mohd Noor turut menggesa pelbagai pihak mengkaji kenyataan Nik Aziz itu yang disifatkannya melampau dan boleh merosakkan akidah serta boleh memecah belah perpaduan umat Islam di negara ini.

No comments:

Posting Terkini