Pages

Wednesday, December 8, 2010

Sekilas Dunia


Argentina, Uruguay iktiraf Palestin


BUENOS AIRES: Argentina dan Uruguay kelmarin berkata mereka mengikuti jejak Brazil mengiktiraf sebuah negara Palestin yang merdeka.

Langkah itu dipuji Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, yang sedang melawat Turkey, tetapi dikutuk oleh Israel, yang menyifatkan langkah Buenos Aires sebagai 'dikesalkan'.

Brazil memulakan langkah itu Jumaat lalu dengan berkata ia mengiktiraf negara Palestin berdasarkan sempadan 1967 sebelum Perang Enam Hari apabila Israel menawan Jaluran Gaza dan Tebing Barat. -- AFP.

Britain undur askar dari Afghan 2011KABUL: Askar Britain akan mula berundur dari Afghanistan pada 2011, kata Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, semasa membuat lawatan mengejut ke negara itu semalam.


Beliau juga berkata askar Britain akan menamatkan misi tempur di Afghanistan menjelang akhir 2014.

'Seluruh Nato akur dengan proses peralihan yang bermula tahun depan untuk menyerahkan daerah dan wilayah kepada kawalan tentera Afghan, yang akan diselesaikan menjelang 2014,' kata Encik Cameron dalam satu sidang akhbar bersama Presiden Afghanistan Encik Hamid Karzai, semalam. -- AP.

Cubaan bunuh ketua menteri gagal

QUETTA (Pakistan): Satu serangan bom nekad bertujuan membunuh ketua menteri wilayah Baluchistan, di barat daya Pakistan, menyebabkan seorang maut dan sembilan cedera.

Namun, Encik Nawab Aslam Raisani terselamat dalam serangan ke atas konvoi beliau di Quetta, kata para pegawai.'Ia satu serangan bom nekad. Konvoi ketua menteri rosak, tetapi beliau selamat,' kata pegawai tadbir Quetta, Encik Nasim Lehri, kepada Samaa TV. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini