Pages

Friday, December 24, 2010

PRK Tenang: Dua calon tempatan dalam senarai Umno


PETALING JAYA: Dua nama disebut akan menjadi calon BN bagi pilihanraya kecil negeri Tenang berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 17 Disember lepas.
Mereka ialah Hashim Daud yang kini ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Labis dan Jaim Yunus, bekas ketua penerangan bahagian.
Menurut AJK Tenang, Azaman Mohamad, kedua-dua nama itu dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Umno bahagian tidak lama lagi.

"Umno akan membincangkan mengenai calon selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan tarikh pilihanraya esok," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jaim dalam pemilihan Umno tahun lalu mencabar Sulaiman untuk jawatan ketua bahagian tetapi kalah dengan 11 undi.
Beliau berumur 54 tahun, seorang graduan dan bekas guru besar sekolah menengah di Labis.
"Beliau aktif politik sejak dahulu lagi dan kerana itu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai politik di Tenang.
"Saya mendapat tahu beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Jabatan Penerangan telah menemubual Jaim mengenai pilihanraya ini ," katanya ketika dihubungi hari ini.
Manakala Hashim pula berumur dalam lingkungan 60-an juga bekas guru besar sekolah menengah di Labis.
"Kedua-duanya orang tempatan," kata Azaman sambil menambah Umno bahagian akan bermesyuarat mengenai calon minggu depan. - FMT

No comments:

Posting Terkini