Pages

Friday, December 24, 2010

Letupan bom di kedutaan Chile dan Switzerland

ROME 24 Dis. - Letupan bom telah berlaku di kedutaan Chile dan Switzerland di sini menyebabkan dua kakitangan cedera, dipercayai didalangi kumpulan yang sama terlibat dalam beberapa letupan di Greece bulan lalu.

Menteri Luar, Franco Frattini berkata, serangan tersebut merupakan tindakan yang amat serius ke atas kedutaan asing manakala Duta Chile, Oscar Godoy mengutuk serangan tersebut sebagai tidak masuk akal dan ganas.

Polis berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas kesemua pejabat kedutaan di Rome berikutan letupan tersebut manakala datuk bandar berkata, pasukan kecemasan kini diletakkan dalam keadaan bersiap siaga.


“Ini merupakan satu gelombang pengganas menentang pihak kedutaan. Ia lebih membimbangkan berbanding serangan tunggal,” kata datuk bandar, Gianni Alemanno kepada pemberita. - AFP

No comments:

Posting Terkini