Pages

Friday, December 17, 2010

Al Qaeda dijangka akan serang AS dan Eropah

020709top2BAGHDAD: Pihak Interpol menerima khabar dari pejabat mereka di Baghdad mengenai kemungkinan akan ada serangan Al Qaeda di Amerika Syarikat dan Eropah.
"Kami telah menerima khabar dari pejabat Interpol di Baghdad tentang kemungkinan adanya serangan terutama di AS dan Eropah, sesuai perintah yang diterima ahli  Al Qaeda dari pemimpin mereka," ujar jurucakap Interpol seperti ditulis AFP, hari ini.

Interpol pun telah memberi peringatan kepada 188 anggotanya akan kemungkinan serangan ini. Maklumat ini disampaikan melalui markas besar mereka di Lyon, Perancis.
Menurut mereka, saat ini Eropah sedang dalam keadaan bersiap sedia. Masyarakat Eropah cukup khuatir akan adanya serangan teroris menjelang perayaan hari Natal hingga tahun baru nanti.
Serangan teroris pertama telah terjadi melalui pengebom berani mati  di Sweden, Sabtu lalu.
Pihak keselamatanan bahkan menduga serangan itu akan serupa dengan serangan di Mumbai, tahun 2008 lalu.
AS telah memberikan peringatan pada warganya yang merayakan Natal dan akhir tahun di Eropah.
Dikhuatirkan akan ada serangan teroris pada sistem pengangkutan  dan pusat-pusat pelancongan. Kerajaan Sweden, Jepun, Perancis dan British juga mengeluarkan peringatan yang sama.

No comments:

Posting Terkini