Pages

Thursday, August 12, 2010

Sekilas Dunia

Diselamatkan lepas tiga hari

BEIJING: Seorang lelaki 50 tahun diselamatkan dari sebuah hotel yang ditenggelami banjir di barat laut China, lebih tiga hari selepas berlaku tanah runtuh.

Encik Wang Dianlan dijumpai di tingkat dua Hotel Fuxing di Zhouqu yang ranap akibat tanah runtuh yang melanda wilayah Gansu, yang sejauh ini mengorbankan 702 orang, lapor Xinhua.

Lelaki itu menjerit minta tolong selepas mi kering yang dimakannya habis semalam. -- AFP.


Moro berlatih perang

MANILA: Beratus gerila Moro di selatan Filipina menjalani latihan tempur dan mendapatkan lebih banyak senjata bagi meningkatkan kekuatan sebagai persiapan jika rundingan damai dengan pemerintah gagal, kata tentera Filipina semalam.

Mereka menjalankan latihan tempur di kem Palestin, dekat bandar Butig di wilyah Lanao del Sur, sebulan Mac lalu dan latihan 'perang di hutan' selama 15 hari di pulau Tawi Tawi.

Perunding Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Encik Mohagher Iqbal, mengakui perkara itu. -- AP.


Lapan askar Iraq terkorban

BAQUBA: Pengganas mengumpan askar Iraq menyerang sebuah rumah yang dipasang bom di bandar Saadiyah, 100 kilometer ke timur laut Baghdad, menyebabkan lapan askar maut pada 5 pagi hari pertama Ramadan semalam.

Pegawai keselamatan setempat, Mejar Hussam Karim, berkata letupan pertama membunuh enam askar manakala yang kedua dua. -- AFP.





No comments:

Posting Terkini