
Singapura ~ KEK strawberi seberat 88 kilogram ini telah dipotong secara beramai-ramai oleh para pemimpin kanan negara sempena hari lahir Singapura yang ke-45.
(Dari kiri) Menteri Pembimbing, Encik Lee Kuan Yew; Cik Ho Ching; Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong; Presiden S R Nathan bersama isteri dan Menteri Kanan, Encik Goh Chok Tong bersama isteri, memotong kek tersebut di Istana lewat malam kelmarin.
Majlis sambutan Hari Kebangsaan itu dihos oleh Presiden Nathan dan isteri.
Lebih 1,200 tetamu turut hadir dalam majlis sambutan itu. Mereka termasuk para peniaga, pemimpin masyarakat, akar umbi dan pemimpin kesatuan sekerja.
No comments:
Post a Comment