Pages

Tuesday, July 6, 2010

Sekilas Dunia

Dua menteri letak jawatan

PARIS: Dua menteri kanan Perancis yang dikritik kerana menggunakan beribu euro duit rakyat untuk menyewa jet peribadi dan membeli cerut meletak jawatan hari ini.

Menteri Pembangunan, Encik Alain Joyandet, dan menteri bertanggungjawab bagi pembangunan di wilayah Paris, Encik Christian Blanc, telah menghantar surat peletakan jawatan, menurut satu kenyataan pejabat Presiden, Encik Nicolas Sarkozy.

Mac lalu, Encik Joyandet dikritik kerana membelanjakan AS$157,000 ($218,622) bagi menyewa sebuah jet peribadi ke mesyuarat tergempar tentang gempa bumi Haiti di Martinique.

Encik Blanc dikritik kerana membelanjakan sebanyak AS$14,700 membeli cerut. -- AFP.



Kes paling tadah cetus keraguan

SEOUL: Peningkatan bilangan rakyat Korea Utara yang berpaling tadah dengan melarikan diri menerusi jalan laut ke Korea Selatan menimbulkan kesangsian sebilangan mereka mungkin ejen negara komunis itu.

Akhbar JoongAng Ilbo melaporkan lima kes paling tadah sejak ketegangan meningkat selepas kapal perang Korea Selatan ditenggelamkan pada 26 Mac lalu.

Dalam kes terbaru, dua rakyat Korea Utara ditemui tentera laut Korea Selatan di atas tongkang di Laut Timur 26 Jun lalu. Perbuatan melarikan diri melalui jalan laut agak luar biasa kerana bot kecil sentiasa dikawal pihak keselamatan Korea Utara. -- AFP.


24 korban bas terbakar

BEIJING: Seramai 24 orang mati kelmarin apabila bas syarikat keluli yang mereka naiki terbakar di Wuxi, di wilayah Jiangsu, timur China, lapor media.

Penumpang ialah petugas shif malam. -- Reuters.



No comments:

Posting Terkini