JAKARTA: Polis Indonesia akan mendakwa lapan suspek berhubung skandal video seks selebriti yang mencetuskan kekecohan di negara itu dan desakan sehingga sekarang agar Internet dikawal.
Ketua penyiasat, Encik Ito Sumardi, semalam bagaimanapun enggan mendedahkan suspek terbabit.
Namun, beliau berkata ia tidak melibatkan model dan personaliti televisyen Luna Maya, 26 tahun, dan Cut Tari, 32 tahun, yang kedua-duanya sebelum ini dikatakan terbabit dalam video melibatkan penyanyi kumpulan pop Peterpan, Nazril Ariel.
Penyanyi berumur 28 tahun itu telah didakwa di bawah undang-undang antipornografi dan masih ditahan sementara menunggu tarikh perbicaraan.
Encik Sumardi berkata kesemua lapan suspek terbabit didapati memuat naik dua video lucah ke Internet sehingga mencetuskan skandal nasional di negara itu.
Luna Maya
'Mereka akan didakwa di bawah undang-undang transaksi dan maklumat elektronik untuk pengedaran haram,' katanya.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga enam tahun dan denda sehingga satu bilion rupiah ($153,518) setiap seorang.
'Siasatan masih dijalankan. Kemungkinan masih ada lagi yang terlibat,' kata Encik Sumardi.
Ariel ditahan pada 22 Jun tetapi Luna dan Cut masih bebas sehingga hasil siasatan diperoleh.
Sebelum ini, polis dilaporkan sebagai berkata ujian fizikal ke atas Ariel, Cut dan Luna sudah lengkap dan ketiga-tiga mereka mempunyai banyak persamaan dengan watak-watak dalam klip video menggemparkan itu.
Apabila ditanya adakah identiti ketigatiga mereka memang pada paras 99 peratus, ketua Perhubungan Awam Polis Indonesia, Encik Marwoto Soeta, berkata sekarang polis yakin untuk 'menambah 0.9 peratus lagi'.
Encik Marwoto berkata sebelum ini penyiasat kes itu bersedia mengenakan tuduhan ke atas Cut Luna tetapi belum melaksanakannya. -- Agensi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment