Dua wartawan di bebaskan
MOGADISHU: Dua wartawan dibebaskan selepas lebih setahun dalam tawanan, kata pegawai kerajaan Somalia.
Warga Canada, Cik Amanda Lindhout, dan warga Australia, Encik Nigel Brennan, bagaimanapun enggan memberitahu sama ada wang tebusan dibayar bagi membebaskan mereka. Namun, sumber polis berkata sekitar AS$700,000 ($966,000) wang tebusan telah dibayar. -- AP.
Unta liar akan dikandang
ALICE SPRINGS (Australia): Pihak berkuasa bercadang mengandangkan sekitar 6,000 unta liar sebelum menembak mati binatang itu.
Ini kerana binatang-binatang itu telah menceroboh bandar kecil Docker River untuk mencari air tetapi pada masa yang sama memusnahkan harta benda. -- AP.
Kartel dadah lebih berkuasa
MEXICO CITY: Presiden Mexico, Encik Felipe Calderon, berkata kumpulan penjenayah dan kartel dadah kini sudah 'mengambil alih' negara itu.
Pemerintah akur rasuah dalam pasukan polis sangat berleluasa dengan ramai anggota polis menerima habuan daripada kartel dadah. -- AP.
Runding: Terserah pada Palestin
BAITULMAKDIS: Menteri Luar Israel, Encik Avigdor Lieberman, berkata kini bergantung kepada Palestin untuk memutuskan sama ada ingin meneruskan rundingan damai atau tidak.
Kenyataan itu dibuat selang sehari Israel mengumumkan akan membekukan selama 10 bulan sebarang pembinaan petempatan di Tebing Barat. Palestin menolak pembekuaan pembinaan itu kerana ia tidak melibatkan timur Baitulmakdis. -- AP.
Minta maaf lepas rompak gereja
ELLENWOOD (Atlanta): Seorang perompak meninggalkan nota mohon maaf selepas melarikan barangan berharga daripada sebuah gereja.
'Saya minta maaf kerana saya miskin. Maafkan saya Tuhan,' kata nota yang ditinggalkan perompak.
Paderi Roger Davis berkata, peralatan berharga seperti mikrofon dan komputer riba dicuri. -- AP.
Friday, November 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment