RIO DE JANEIRO: Satu-satunya imej yang sering dikaitkan dengan pantai di bandar raya ini - iaitu mengopek kelapa untuk menikmati airnya yang manis - kini hanya tinggal kenangan.
Ini berikutan kempen kebersihan terbaru oleh pihak berkuasa yang mengharamkan penjualan kelapa muda di tepi pantai mulai 1 Disember ini.
Sekretariat alam sekitar bandar raya yang menjadi tuan rumah bola sepak Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik 2016 ini mengeluarkan arahan bahawa kelapa muda yang digemari oleh penduduk dan pelancong mengotorkan pemandangan.
'Ini boleh disaksikan di pantai Ipanema, setiap petang anda akan melihat timbunan kelapa yang ditinggalkan oleh orang ramai dan menyebabkan tikus-tikus berkeliaran.
'Lebih 30 tan sisa buangan kelapa ditemui setiap hari,' kata pegawai yang bertanggungjawab ke atas pantai, Encik Jovanildo Savastano.
Beberapa ahli alam sekitar bagaimanapun membantahnya kerana kelapa dikatakan boleh lupus secara semula jadi dan tidak mengakibatkan kesan buruk kepada ekologi.
Airnya juga baik untuk kesihatan.
Pengunjung pantai yang menggemari air kelapa masih boleh menghilangkan rasa dahaga mereka tetapi hanya dengan membelinya di dalam bekas seperti botol atau yang dikeluarkan oleh industri dalam bentuk tin.
'Larangan ini lebih disokong oleh syarikat-syarikat berbanding orang ramai,' kata ahli alam sekitar, Encik Gerhard Sardo, sambil menegaskan tin minuman kosong telah pun menimbulkan masalah.
Datuk bandar Rio de Janeiro, Encik Eduardo Paes, menawarkan untuk menimbang semula larangan itu tetapi hanya jika beribu-ribu pengunjung pantai bersedia dan bersetuju untuk mengutip sendiri sisa kelapa dan membuangkan dengan cara yang betul.
Selain kempen kebersihan, Presiden Luiz Inacio Lula da Silva pada bulan lalu turut berjanji akan memastikan bandar raya mengagumkan ini bebas daripada keganasan ketika Sukan Olimpik 2016. -- AFP.
Friday, November 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment