Pages

Friday, November 27, 2009

Saksi lihat ahli politik Filipina arahkan pembunuhan beramai-ramai

MANILA: Kebanyakan saksi difahamkan melihat sendiri ahli politik Filipina mengarahkan dan mengambil bahagian dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai yang mempunyai kaitan satu pilihan raya sehingga meragut sekurang-kurangnya 57 nyawa, kata Setiausaha Keadilannya, Agnes Devanadera, hari ini.

"Seorang daripada saksi berkata beliau adalah orangnya yang memberikan arahan itu. Malah ada saksi melihat sendiri dia melepaskan tembakan daripada senjatanya," katanya kepada rangkaian televisyen GMA, ketika merujuk kepada Andal Ampatuan Jnr, Datuk Bandar di selatan Filipina yang menyerah diri semalam. - AFP


No comments:

Posting Terkini