KUALA KRAI: Matlamat kerajaan pusat membantu rakyat Kelantan secara sama rata melalui pemberian wang ihsan akan gagal sekiranya disalurkan terus kepada kerajaan negeri sebagai royalti, kata Naib Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof.
Beliau berkata, ia kerana kesungguhan pemimpin Pas untuk mendapat royalti dan bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah seperti "ada udang di sebalik batu".
"Saya harap kerajaan pusat tidak menerima permintaan itu kerana sekiranya wang itu diberi terus kepada kerajaan negeri, matlamat untuk bantu rakyat negeri ini tidak akan tercapai," katanya ketika diminta mengulas cadangan kerajaan Pas Kelantan untuk membawa ke mahkamah berhubung isu royalti minyak itu.
Nik Sapeia yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PPP Kelantan, mendakwa sebelum ini banyak eset kerajaan dijual tanpa pengetahuan rakyat bagi menampung kos pengurusan yang tinggi.
Minggu lalu, Ketua Umno bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Mohd Salleh mendakwa antara aset kerajaan yang "dijual" termasuk Hotel Perdana, Tanah Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) Kampung Putih, Kota Bharu Trade Centre, Bangunan Arkib MPKB dan sebelum ini Bangunan Permodalan Kelantan Bhd.
Katanya, penjualan eset kerajaan secara berkala untuk menampung kos pengurusan yang tinggi dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan negeri termasuk penyelewengan projek depu dan projek kambing Jamnapari. - Bernama
Friday, November 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment