KUALA LUMPUR, 1 Okt-- Nasib Badrul Hisham Abdullah daripada PKR sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang akan diketahui akhir bulan ini.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sungguhpun beliau belum lagi menemui Badrul Hisham secara peribadi, beliau juga telah membayangkan kepadanya untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor.
"Saya ingin memutuskan (perkara ini) pada akhir bulan ini. Saya telah beri bayangan kepada beliau untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.
"Lagi pun, beliau dipilih oleh penduduk Pelabuhan Klang, jadi beliau perlu teruskan perkhidmatan untuk orang ramai di Pelabuhan Klang," katanya kepada pemberita di sini , Khamis.
Badrul Hisham kini dilanda kontroversi dan aduan daripasa kawasan pilihan rayanya bahawa beliau mengabaikan tugasnya sebagai ADUN.
Banyak spekulasi menyatakan beliau akan menyertai Umno.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment