LONDON: Carlos Tevez menjaringkan gol pertama beliau di Manchester City untuk kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace untuk mara ke pusingan ketiga Piala Liga.
Penyerang Argentina itu meraikan gol pada minit ke-71 itu dengan isyarat tangan mahu mendengar sorakan penonton, sama ketika beliau membolosi gawang City sebagai protes terhadap pengurusan di Old Trafford sebelum meninggalkan Manchester United.
Shaun Wright-Phillips yang mengumpan sepakan sudut untuk gol Tevez sebelum itu membuka jaringan pada minit ke 50 selepas perlawanan hambar pada separuh masa pertama. - AP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment