KUALA LUMPUR, 23 Ogos-- Bersempena perayaan Merdeka, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) kini menawarkan "Tambang Murah Setiap Hari" bagi perjalanan domestik dan antarabangsa mulai Isnin hingga Jumaat (28 Ogos).
Dalam tempoh tersebut, urusan perjalanan ditawarkan ke semua destinasi seluruh dunia, dengan semua tambang satu perjalanan inklusif bermula dari RM228 ke Jakarta, RM485 ke Xiamen, Guangzhou atau Kunming, RM613 ke Tokyo atau Osaka dan RM678 ke Seoul, jelas MAS dalam satu kenyataan di sini Ahad.
Tempoh perjalanan ialah 24 Sept 2009 hingga 30 Julai, 2010 bagi semua destinasi dalam tawaran.
"Tetamu boleh terbang satu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Paris, Rome, Johannesburg atau Cape Town pada tambang bermula RM1078 dan ke Dubai dari RM708, sementara 'laluan popular kangaroo' ditawarkan mulai pada RM518 ke Perth dan RM829 ke Melbourne.
"Tawaran terbaik boleh didapati di www.malaysiaairlines.com," kata kenyataan itu.
Pengurus Besar Kanan Malaysia Airlines (pengurusan network dan revenue) Dr Amin Khan berkata: "Bagi memberikan lebih keselesaan kepada pelanggan, kini terdapat pilihan membeli tiket bagi tambang ini menerusi agen pelancongan, yang dulunya tidak disediakan".
Katanya, tambang domestik kekal rendah pada hanya RM69 bagi perjalanan di Semenanjung Malaysia, dan di Sabah dan Sarawak dan RM99 bagi penerbangan dari Malaysia Barat ke Malaysia Timur.
Tambang ini juga disediakan meneruai pejabat tiket Malaysia Airlines dan pusat panggilan di 1300-88-3000.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment