Bas terbakar disengajakan?
BEIJING: Siasatan awal dan kenyataan saksi menunjukkan bahawa bas yang terbakar dan mengorbankan nyawa 25 penumpangnya serta mencederakan 76 lagi di barat daya China mungkin sengaja dilakukan, kata agensi berita rasmi negara itu semalam.
Bas yang dipenuhi penumpang itu terbakar awal Jumaat lalu di Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan, selepas satu kebakaran dikatakan bermula dari dalam kenderaan itu. -- AFP.
Tebusan wanita dapat larikan diri
MANILA: Seorang tebusan wanita yang diculik oleh anggota kumpulan militan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda berjaya melepaskan diri dengan berkaki ayam sahaja, sedang para penculik cuba mengatasi serangan pasukan tentera marin Filipina yang membunuh tiga anggota kumpulan penculik itu di selatan negara tersebut, kata para pegawai semalam.
Wanita Filipina itu, yang diculik kumpulan Abu Sayyaf pada 3 Februari lalu di Pulau Basilan, melarikan diri daripada penculiknya sebelum ditemui penduduk kampung pagi semalam, kata Laksamana Alex Pama. -- AP.
Warga Pakistan serang Taleban
ISLAMABAD: Dengan niat membalas dendam atas pengeboman sebuah masjid tempatan, ratusan rakyat Pakistan bergabung tenaga dan menyerang kubu-kubu kumpulan Taleban di wilayah barat laut Pakistan yang sedang bergolak, mengorbankan 11 anggota kumpulan militan itu, kata para pegawai semalam.
Kejadian kelmarin itu menunjukkan perubahan haluan sokongan rakyat Pakistan terhadap kumpulan Taleban. -- AP.
Dakwa mungkin hadapi fitnah
TEHRAN: Media Iran melaporkan bahawa pencabar utama kepada Presiden Mahmoud Ahmadinejad, dalam pilihan raya presiden di negara itu minggu ini telah memberi amaran bahawa Encik Ahmadinejad mungkin cuba membabitkan para penyokongnya melakukan kesalahan yang sengaja dirancangnya menjelang pilihan raya itu.
Beberapa laporan berkata Encik Mir Hossein Mousavi telah menulis surat kepada pemimpin utama Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang mengatakan bahawa terdapat kemungkinan Encik Ahmadinejad sedang cuba memalsukan bukti terhadap penyokongnya. -- Reuters.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment