Pages

Wednesday, May 20, 2009

SAMY VELLU: RAMBUT SAYA TULEN BUKAN PALSU

KUALA LUMPUR: Presiden Kongres India Malaysia (MIC), Datuk Seri S. Samy Vellu, menafikan yang beliau mengenakan rambut palsu.

'Saya tiada apa hendak disorokkan. Dua bahagian tengah kepala saya botak dan saya menjalani lapan pembedahan (pengurangan kulit kepala dan rambut) di Australia.

'Selepas pembedahan itu saya masih mempunyai kulit kepala yang normal, rambut saya juga tulen. Saya tidak menanam apa-apa rambut,' katanya berinteraksi secara langsung dengan pengunjung laman web New Straits Times (NST) Online di Balai Berita di sini, kelmarin.

Menjawab pertanyaan dan desakan supaya beliau mengundurkan diri sebagai Presiden MIC dan memberi laluan kepada generasi baru memimpin parti itu, Datuk Seri Samy Vellu memberi analogi berikut:

'Saya bukan penumpang bas yang boleh turun apabila tiba di perhentian... saya adalah pemandu dan apabila memandu bas saya mesti tahu di mana dan bila untuk berhenti.'

Datuk Seri Samy Vellu berkata, beliau boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa sekiranya pihak yang membuat desakan itu berupaya menjadi 'bomoh' untuk menjadikan MIC stabil dan kukuh dalam sekelip mata.

'Saya sudah membuat keputusan dan menetapkan masa saya pergi (mengundurkan diri). Bukan kerana usia saya (nak undur) tetapi saya mahu menyerahkannya kepada pemimpin lebih muda. Namun ingat old is gold (tua itu emas).'

Mantan Menteri Kerja Raya itu juga membidas dakwaan bahawa beliau menghapuskan pesaingnya dalam MIC melalui pendekatan kuku besi.

'Sekiranya anda kata saya menggunakan kuku besi untuk menghapuskan ramai orang... saya bukan Adolf Hitler. Saya cuma Samy Vellu yang biasa. Sedihnya anda tersilap dan saya tidak fikir anda tahu apa yang berlaku dalam politik masyarakat India di Malaysia.

'Saya juga tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya lagi dan tidak pernah meminta sebarang jawatan menteri seperti yang didakwa,' kata Datuk Seri Samy Vellu. -- NST, BHM.

No comments:

Posting Terkini