Pages

Sunday, May 10, 2009

Liverpool selesa tumpaskan West Ham 3-0

LONDON: Steven Gerrard menyumbang dua gol bagi membolehkan Liverpool menang selesa ke atas West Ham United 3-0 di Upton Park, awal pagi tadi, sekali gus merampas semula tempat teratas Liga Perdana Inggeris daripada Manchester United.

Gol Gerrard muncul seawal minit kedua permainan, disusuli gol kedua pada minit ke-38 dan Ryan Babel menambah derita West Ham yang bermain di tempat sendiri untuk gol ketiga ketika masa perlawanan berbaki tujuh minit lagi.

Liverpool kini melebarkan rekod kemenangan kepada sembilan dalam 10 perlawanan terakhirnya setakat ini dalam liga.

No comments:

Posting Terkini