Pages

Saturday, April 4, 2009

Sekilas Dunia

Usaha bebaskan lagi dua tebusan dipergiat

MANILA: Pemerintah Filipina akan berusaha keras bagi membebaskan dua lagi pekerja Palang Merah yang diculik gerila Abu Sayyaf di pulau Jolo, Encik Andreas Notter, 38 tahun, dari Switzerland, dan Encik Eugenio Vagni, 62 tahun, dari Italy.

Setiausaha Dalam Negeri, Encik Ronaldo Puno, berkata tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan tebusan warga Filipina, Cik Mary Jea Lacaba, kelmarin. -- AP.

Abhisit tidak akan isytihar perintah darurat

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Encik Abhisit Vejjajiva, semalam berkata beliau tidak akan mengisytihar perintah darurat buat menangani tunjuk perasaan Rabu ini, lapor Bangkok Post.

Menurutnya, beliau bersedia berunding dengan mantan perdana menteri Encik Thaksin Shinawatra bagi menamatkan konflik asalkan Encik Thaksin tidak meletak syarat dibebas daripada pertuduhan rasuah yang dihadapinya. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini