JOHOR BAHRU: Harga tambang teksi dari Johor Baru ke Singapura telah dinaikkan daripada RM10 ($4.20) kepada RM15 seorang berkuat kuasa kelmarin.
Pemangku Pengerusi Persatuan Teksi Johor Baru-Singapura, Encik Ahmad Osman, berkata Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial meluluskan kenaikan tambang itu minggu lalu.
Anggota persatuan teksi itu terdiri daripada Majlis Perbandaran Johor Bahru; Persatuan Pemilik dan Pemandu Teksi Singapura; Pemilik/Pekerja Pemandu Teksi Johor-Singapura dan Johor Bahru-Singapura Bhd Khidmat Teksi Co.
Encik Ahmad berkata kenaikan tambang itu amat diperlukan kerana mereka berdepan dengan inflasi serta bayaran-bayaran lain seperti tol dan bayaran elektronik jalan raya (ERP).
Pengerusi Lembaga Pelesenan, Datuk Markiman Kobiran, berkata orang ramai harus melihat ia sebagai satu perubahan harga tambang dan bukan sebagai satu kenaikan tambang.
'Kita juga harus ingat bahawa tambang yang dikenakan dari Singapura adalah $10 iaitu sekitar RM23.80 bagi satu perjalanan,' ujarnya. -- The Star.
Saturday, April 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment