BINGHAMTON (New York): Seorang lelaki yang bersenjata dua senapang ringan menembak mati 13 orang di sebuah pusat imigresen di sini, hari ini sebelum menembak dirinya sendiri.
Ketua Polis Binghamton, Joseph Zikuski, dalam sidang akhbarnya berkata lelaki berkenaan terlebih dulu menutup pintu belakang pusat imigresen berkenaan dengan keretanya sebelum berjalan masuk ke pintu depan bangunan dan menembak dua penyambut tetamu di situ.
Akibat tembakan itu, salah seorangnya mati serta merta sebelum lelaki terbabit memasuki sebuah kelas dan membunuh 12 lagi lalu bertindak membunuh dirinya," katanya di sini.
Joseph berkata, empat lagi yang cedera kini masih kritikal, yang menyaksikan kejadian tembakan menembak terbaru di Amerika Syarikat yang membabitkan jumlah mangsa yang ramai.
Beliau berkata, penyambut tetamu yang terselamat iaitu seorang wanita berpura-pura mati sebelum merangkak di bawah meja untuk membuat panggilan polis.
"Beliau yang cedera kini dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal," kata Joseph.
"Kami belum mengetahui apa motif kejadian ini dan lelaki terbabit bukannya orang asing di pusat itu," katanya.
Sementara itu, wakil daerah Binghamton, Maurice Hinchey, berkata lelaki terbabit adalah seorang pendatang dari Vietnam dan kereta yang digunakan didaftar menggunakan nama bapanya.
Media tempatan pula menyebut lelaki berkenaan berusia awal 40-an.
"Ia seolah-olah sudah dirancang. Dia mengepung bangunan ini, meletakkan keretanya menghalang pintu belakang dan sesiapa tidak boleh melepaskan diri," kata Joseph.
Beliau berkata, 37 orang lagi di dalam bangunan ketika kejadian berjaya diselamatkan dengan 26 lagi bersembunyi di tempat letak kereta di bawah premis itu.
Katanya, lelaki itu melepaskan semua tembakan sebelum polis sampai ke tempat kejadian. - Reuters
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment