Bekas gerila GAM ditembak mati
BANDA ACEH: Sekumpulan orang bersenjata menembak mati seorang bekas gerila Gerakan Aceh Merdeka (GAM) di bandar Langsa, timur Aceh, menurut polis semalam.
Lelaki itu, seorang pegawai Parti Aceh, ditembak mati sekitar 8 malam Sabtu lalu oleh dua lelaki menunggang motosikal, kata ketua polis Langsa, Encik Marwan Syukur. -- AFP
Lebih 100 gerila LTTE maut dalam pertempuran
COLOMBO: Gerila Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) kini menghadapi penghapusan selepas pertempuran sengit menyebabkan 114 terkorban, kata Kementerian Pertahanan semalam.
Tentera Sri Lanka menjumpai mayat 96 gerila Tamil yang terbunuh dalam pertempuran di timur laut negara itu Sabtu lalu, manakala 18 gerila lagi terbunuh dalam pertempuran di laut, kata pihak tentera. -- AFP.
Thai, Kemboja bincang elak pertempuran
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Encik Abhisit Vejjajiva, semalam menyokong langkah Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, tidak membesar-besarkan pertempuran di sempadan dekat candi Preah Vihear yang dipertikaikan.
Beliau berkata ia berpunca daripada salah faham dan boleh dihurai dengan rundingan.
Semalam panglima pasukan kedua-dua negara berbincang bagi mengelak pertempuran lanjut. -- AP, Reuters.
No comments:
Post a Comment