SHAH ALAM-28Ogos, Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo pada prosiding Inkues hari ini, memberitahu bahawa terdapat aduan berhubung saksi didera oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .
Beliau berkata, saksi didera dan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi dan di tendang akan didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.
Gobind akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di sini.
Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19 hari ini, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.
Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.
Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah. KEMALIA OTHMAN (TVSELANGOR)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment