Pages

Monday, August 31, 2009

Dua bengkel terbakar, 25 kereta hangus

AMPANG: Sebanyak 25 kereta hangus dalam kebakaran yang memusnahkan dua bengkel membaik pulih kenderaan serta dipercayai menyebabkan kerugian hampir RM1 juta di Jalan Hulu Klang, di sini kira-kira jam 6 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Che Shaari Abdullah, berkata tiga jentera bomba dari Ampang, Pandan Indah dan Wangsa Maju bersama 18 pegawai dan anggota mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran sebelum berjaya memadamkan api sepenuhnya pada jam 9 pagi.

"Ketika pasukan bomba tiba, api sedang marak di dua bengkel yang beroperasi di bangunan rumah kedai satu tingkat itu, tetapi kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke premis bersebelahan. Setakat ini, punca kejadian dan nilai kerugian sebenar masih dalam siasatan," katanya.

No comments:

Posting Terkini