Pages

Monday, August 31, 2009

SEKILAS DUNIA

Feri Indonesia karam, 5 maut 18 hilang

JAKARTA: Sebuah feri yang sesak dengan penumpang karam di kawasan luar pantai Indonesia, menyebabkan lima orang mati dan sekurang-kurangnya 18 lagi hilang, kata polis dan laporan media semalam.

Feri bernama 'Sari Mulia' itu karam lewat malam kelmarin sedang ia dalam pelayaran dari Negara ke Banjarmasin di Kalimantan yang dikuasai Indonesia, kata jurucakap polis, Sarjan Edy, sambil menambah bahawa lebih 100 orang diselamatkan manakala lima ditemui mati. -- AP.

Perhimpunan pro-Thaksin ditangguh

BANGKOK: Perhimpunan oleh para penyokong mantan perdana menteri Thai yang sedang diburu polis, Encik Thaksin Shinawatra, yang dirancang mereka hari ini telah ditangguhkan selepas kerajaan Thai mengerahkan ribuan kakitangan keselamatan ke tempat perhimpunan.

Para pembantah yang digelar 'Baju Merah' itu sebelum ini merancang untuk berkumpul di kawasan tengah Bangkok tengah hari ini. -- AFP.

Perenang Muslimah diizinkan pakai 'burqini'

OSLO (Norway): Pihak berkuasa bandar Oslo telah memberi kebenaran khusus kepada para wanita Islam yang mahu memakai 'burqini', baju renang khas yang menutup aurat, apabila menggunakan kolam renangnya, kata seorang pegawai setempat kepada stesen radio NRK semalam.

'Sesetengah orang berkata mereka perlu menutup (aurat),' kata Encik Jan Zander, yang bertanggungjawab ke atas kegiatan sukan dan riadah. 'Kami fikir adalah penting bahawa mereka yang tinggal di bandar ini boleh bermandi-manda dan menggunakan kolam-kolam renang.' - AFP.

DPJ akhirnya akan perintah Jepun?

TOKYO: Para pemimpin politik Jepun giat berkempen untuk menarik undi buat kali terakhirnya semalam, menjelang hari pengundian pilihan raya umum Jepun hari ini, yang mungkin memecahkan pengaruh pemerintahan pihak konservatif dan mengalihkan kuasanya kepada sebuah parti berfahaman kiri yang sederhana.

Tinjauan undi meramalklan parti pembangkang, Parti Demokratik Jepun (DPJ), akan mengalahkan Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Encik Taro Aso, Perdana Menteri Jepun sekarang. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini