Pages

Friday, April 3, 2009

SEKILAS - DUNIA

Korea Utara ancam serang Jepun

SEOUL: Tentera Korea Utara mengancam menyerang sasaran utama di Jepun jika Tokyo cuba menembak jatuh satelit yang akan dilancarkan hujung minggu ini.

Negara Komunis itu menegaskan tiada pihak yang berhak menghalangnya daripada melancarkan satelit komunikasi yang didakwa merupakan sebahagian program angkasa lepasnya. -- AFP.

AS$3b pertingkat askar Pakistan

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, bercadang mendapatkan sekurang-kurangnya AS$3 bilion ($4.54 bilion) dalam tempoh lima tahun bagi melatih dan melengkapkan ketenteraan Pakistan di samping menghantar 10,000 tentera bagi menghadapi Taleban di Afghanistan, kata pegawai pertahanan.

Wang itu termasuk AS$500 juta sebagai tambahan kepada permintaan bajet peperangan bagi tahun hadapan yang akan dibentangkan kepada Kongres bulan ini, kata pegawai tersebut. -- AP.

No comments:

Posting Terkini