Pages

Tuesday, February 24, 2009

Polis kesan 4 lagi suspek belasah pelajar

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan empat lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kes kematian pelajar Tingkatan Empat, Mohd Azlin Mohamad, 16, yang dibelasah sekumpulan remaja, 13 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, berkata dua suspek sudah ditahan sebelum ini.

"Kita mengenal pasti enam suspek terbabit dalam kes ini. Seorang daripadanya telah menyerah diri di Balai Polis Pudu kelmarin dan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini," katanya hari ini.

Sebelum ini, polis menahan empat remaja berumur 16 hingga 18 tahun bagi membantu siasatan kes itu tetapi dilepaskan dengan jaminan polis.

Mohd Azlin, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini Sabtu lalu, lapan hari setelah dimasukkan dalam keadaan koma. - Bernama

No comments:

Posting Terkini