Pages

Sunday, February 1, 2009

PEREMPUAN 16 TAHUN HASUT LELAKI ROGOL BUDAK 13 TAHUN

Singapura - SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun menghasut seorang lelaki supaya merogol seorang budak perempuan berumur 13 tahun yang pernah mengumpat mengenainya.

Apabila lelaki tersebut gagal merogol budak itu, Nor Azura Omar memaksa budak itu mengadakan hubungan seks oral dengan lelaki tersebut, malah merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbitnya.

Kejadian itu berlaku di tepi tangga sebuah blok flat di Woodlands pada 28 Jun tahun lalu.

Semalam, Mahkamah Daerah mendengar Azura merancang tindakan 'pecah dara' terhadap budak itu untuk membalas dendam kerana budak itu pernah mengumpat tentang dirinya.

Dia menghubungi talian sembang dan mengatur agar seorang lelaki menemuinya di blok itu.

Menerusi telefon, dia memberitahu lelaki tersebut supaya memecah dara budak itu, yang terdengar arahan itu tetapi takut untuk lari kerana bimbang Azura akan memukulnya, kata Timbalan Pendakwa Raya, Cik Diane Tan.

Rakan-rakan Azura, yang berumur antara 12 dengan 15 tahun, pada mulanya tidak tahu rancangannya. Azura dan kumpulannya mengepung budak itu dan memaksanya supaya baring.

Dia kemudian menghasut lelaki itu supaya merogol budak itu, tetapi dia gagal melakukannya.

Kerana tidak puas hati, Azura memaksa budak itu melakukan seks oral terhadap lelaki itu.

Selepas lelaki itu, yang masih berleluasa, meninggalkan tempat itu, Azura masih tidak puas hati lalu menampar dan menendang budak itu.

Kawan-kawan Azura kemudian menyerang budak itu.

Hakim May Mesenas meminta laporan latihan pemulihan dilakukan ke atas Azura sebelum memutuskan tindakan yang bakal beliau ambil pada 20 Februari.

Beliau juga meminta penilaian psikologi.

No comments:

Posting Terkini