Pages

Sunday, February 1, 2009

Jangan perkecil kekuatan UMNO

TAWAU 1 Feb. — Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan parti pembangkang termasuk Pas supaya tidak memperkecil kekuatan Umno walaupun beliau mengakui parti itu mempunyai kelemahan tertentu yang perlu diperbaiki.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata jatuh bangun kekuatan sesebuah parti merupakan perkara lumrah kerana ia berlaku kepada semua parti termasuk parti-parti pembangkang seperti Pas sendiri.

“Tidak apalah, itu pandangan beliau. Bagi kami, Umno merupakan sebuah parti yang sudah lama tertubuh dan kita masih mempunyai ahli lebih daripada tiga juta orang. Kalau dilihat dari sudut itu kita merupakan pertubuhan politik yang terbesar, katanya sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang menganggap Umno sebagai pokok yang hampir mati.

“Setiap pertubuhan politik ada musimnya. Pas pun begitu, Umno pun begitu juga. Ada waktu kita berada dalam keadaan yang kukuh, kadang-kadang kita menghadapi masalah.

BERNAMA

>>>>>
Alahai, sedih nampaknya mamat ni. Memanglah jatuh bangun tu lumrah, tapi kali ini parti kamu jatuh dah mungkin tidak berdaya untuk bangun lagi. Mati terus.......

No comments:

Posting Terkini