Pages

Saturday, February 28, 2009

JUTAAN BEKERJA LEMBUR DI BRITAIN TANPA BAYARAN

LONDON: Berjuta pekerja di Britain bekerja lembur tujuh jam seminggu tanpa bayaran sejak kemelesetan ekonomi bermula, menurut laporan semalam.

Kongres Kesatuan Sekerja (TUC) berkata satu kajian tenaga kerja mendapati para pekerja yang bimbang dibuang kerja dalam sektor kewangan, kerajaan, penyelidikan dan pembangunan sanggup bekerja lembur lebih panjang tanpa bayaran.

Para pekerja pertanian bekerja lembur lebih 13 hari tanpa bayaran berbanding musim gugur 2007, kata kajian itu. Peningkatan kerja sukarela juga disaksikan pada pekerja pertukangan dan bengkel.

Namun jumlah kerja lembur tanpa bayaran berkurang bagi kerjaya guru, ejen hartanah, insurans dan perusahaan berpencen kerana tidak banyak kerja kosong.

'Kemelesetan mengenakan tekanan kepada pekerja untuk bekerja lembur tanpa gaji. Para pekerja di sesetengah perusahaan menambah masa bekerja untuk menyiapkan tugas lebih cepat,' kata Setiausaha Agung TUC, Encik Brendan Barber.

'Tetapi di tempat lain peluang kerja semakin berkurang. Para pekerja tidak mempunyai cukup tugas untuk mengisi waktu bekerja yang lazim, apatah lagi untuk bekerja lembur,' kata Encik Barber.

Pada Januari lalu, jumlah kerja lembur merupakan yang paling tinggi sejak 1992 dan nilai kerja mereka dianggarkan £pounds;26.9 bilion ($62.6 bilion) atau secara purata £pounds;5,140 setiap seorang setahun. -- Reuters.

No comments:

Posting Terkini