KUALA TERENGGANU 9 Okt. — Umno Bahagian Kuala Terengganu akan mencalonkan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan Agung Umno pada Mac depan.
Ketua Umno Bahagian, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian yang diadakan Selasa lepas.
“Selain bersetuju untuk menamakan Najib untuk jawatan Presiden, mesyuarat bahagian juga bersetuju untuk menyerahkan kepada budi bicara saya bagi menamakan calon yang difikirkan sesuai untuk merebut jawatan Timbalan Presiden.
“ Dari satu sudut, kita merasakan orang yang layak bertanding bagi jawatan nombor dua parti itu adalah mereka yang datang dari kalangan Naib Presiden atau mereka yang pernah menjadi Ketua Pemuda yang mana jawatannya setaraf dengan Naib Presiden Umno,” katanya, sambil menambah calon Timbalan Presiden yang dimaksudkan itu adalah Ahmad Zahid. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment