KUALA TERENGGANU 9 Okt. — Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob menawarkan diri untuk bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.
Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera di Pahang berkata beliau keputusan itu dibuat bagi membolehkan dirinya yang menjaga Kementerian Belia dan Sukan membawa suara golongan muda ke dalam MT jika beliau diberi peluang menduduki jawatan itu.
“Saya menawarkan diri untuk bertanding MT jika ada pencalonan dan sokongan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Memperkasakan Pertubuhan Belia 2008 peringkat negeri Terengganu di sini malam tadi. - Bernama
No comments:
Post a Comment