Pages

Friday, March 15, 2013

Kos siasat Tian Chua patut diguna untuk banteras jenayah


siasatan dan pendakwaan terhadap Tian Chua membazir sumber polis
KUALA LUMPUR: Proses siasatan dan pendakwaan terhadap Tian Chua membazir sumber polis dan wang rakyat yang sepatutnya disalur bagi membanteras kegiatan jenayah harian.
Sebaliknya, Penasihat Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen kesal kerana ia disia-siakan untuk meraih kepentingan politik Umno BN.
“Berlaku pembaziran melampau sedangkan ia patut digunakan untuk menangani jenayah sebenar,” katanya pada kenyataan media, semalam.
Siasatan kes itu melibatkan sepasukan polis dari Johor yang tergesa-gesa datang ke ibu negara bagi mengambil keterangan Tian Chua dan pengamal mediaKeadilan Daily.
Eric berkata, kempen politik Umno BN bertujuan merosakkan kredibiliti Tian dan mengalih fokus kepada isu sebenar berkaitan Lahad Datu.

“Tian berulang kali menyatakan manipulasi media kawalan Umno cuba mengalih perhatian umum dari Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) yang berlangsung ketika itu,” katanya.
Beliau juga menyifatkan perbuatan mendakwa Naib Presiden KEADILAN itu mengikut Akta Hasutan 1948 adalah tindakan keterlaluan dan tidak masuk akal.
Katanya, organisasi atau individu yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Tian sepatutnya memfail saman fitnah, bukannya membuat laporan polis.
“Seksyen 4 Akta Hasutan terhadap Tian lapuk dan tidak demokratik. Kebanyakan negara moden sudah mansuhkan akta berkenaan,” katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan pemimpin Umno BN  juga cuba mencipta konspirasi untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan bersenjata Lahad Datu.

No comments:

Posting Terkini