Pages

Tuesday, March 19, 2013

8 aktivis mahasiswa ditahan di UiTM Shah Alam


SHAH ALAM 19 MAC: Sekurang-kurangnya lapan aktivis mahasiswa ditahan Polis Bantuan UiTM Shah Alam sebelum sempat berpidato pada program Jelajah Sudut Pidato Mahasiswa di Speakers Corner, Dataran Cendekia dalam kampus berkenaan.
Seorang aktivis mahasiswa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang turut ditahan berkata, mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM kira-kira jam 9.15 malam tadi.
“Sebab sebenar penahanan belum jelas. Mula-mula kata kerana orang luar dilarang masuk ke kampus.
“Tetapi Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath yang belajar di kampus ini, turut ditahan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau berkata, tujuan mereka hadir ke program itu ialah untuk menyampaikan pidato berhubung polisi pengajian tinggi di negara ini.
“Kami ditahan sebelum sempat berucap. Selain saya dan Khalid Ismath, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang turut ditahan,” katanya.
Penahanan itu mengulangi kejadian 9 Disember 2011 apabila enam aktivis mahasiswa ditangkap ketika mengadakan program di Speakers Corner UiTM Shah Alam.

No comments:

Posting Terkini