Pages

Sunday, October 2, 2011

MCA bukan lagi pilihan orang Cina?


KUALA LUMPUR: Ramai perwakilan MCA tidak yakin MCA akan menang besar dalam pilihan raya umuk akan datang.
Mereka mendakwa MCA bukan lagi parti tunggal kaum Cina kerana DAP  lebih menonjol dan lebih ke depan dalam isu masyarakat Cina.
Weng Suen Tan berkata, dalam banyak perkara DAP lebih ikhlas membantu masyarakat bawahan orang Cina yang miskin  dan tinggal di kampung.
“Kita tengok masyarakat Cina Pulau Pinang  gembira dengan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang.

“Mereka kata pemimpin DAP Pulau Pinang lebih bagus dari menteri MCA,” katanya.
Perwakilan Melaka, Kian Peng berkata, ramai pengundi Cina hilang keyakinan kepada MCA.
Katanya, MCA belum dapat menunjukkan parti itu benar-benar berjiwa rakyat.
“MCA selalu mengungkitkan mereka hanya mereka parti orang Cina yang terbaik.
“Tapi rakyat tidak suka dengan ungkapan seperti ini.
“Tidak semua orang Cina menyokong MCA kerana MCA juga berpecah. Ramai yang tidak boleh menerima kepimpinan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek,” katanya.



No comments:

Posting Terkini