Monday, September 12, 2011
Banjir di Perlis: UPSR tetap diteruskan esok
KANGAR 12 Sept. – Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetap diteruskan esok walaupun beberapa kawasan di negeri ini mula dilanda banjir.
Pengarah Pelajaran Negeri, Dun Kasa berkata, sehingga pagi ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk membatalkan peperiksaan tersebut.
“Sehingga kini keadaan banjir di pusat peperiksaan masih terkawal dan kita telah mengarahkan Guru Besar sekolah terlibat untuk mengadakan peperiksaan itu di tingkat satu atau kawasan yang lebih tinggi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - Utusan
Labels:
Bencana,
Berita,
pendidikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment