Pages

Thursday, July 7, 2011

Bekas Timb Ketua AMK PKR ditahan 13 jam

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua AMK PKR, Feriz Musa bersama dua rakannya mendakwa ditahan dalam lokap selama 13 jam menghadapi satu sekatan jalan raya di Subang Jaya dekat sini jam 3 pagi Selasa lalu.
“Kami ditahan dalam lokap kira-kira jam 3 pagi dan hanya dibebaskan pada jam 4 petang keesokan harinya. Kami ditahan kerana polis menemui empat helai baju T kuning dalam bonet kereta kawan saya dalam perjalanan dari Subang Jaya ke Kota Damansara.

“Polis memberitahu kami bertiga ditahan di bawah Akta 47 Pertubuhan Haram 1966,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau dibebaskan dengan ikat jamin polis sehingga esok sebelum dikehendaki melapurkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Sabtu ini.
Win iPad and tour to Jakarta ( Click here )
Feriz menjelaskan bahawa beliau tidak tahu menahu ada baju T Bersih di dalam bonet kereta yang ditumpanginya itu.
Mengulas tentang penahanannya, Feriz  berkata, penahanan tersebut tidak wajar apabila kerajaan kini menganggap baju T Bersih atau baju kuning sebagai musuh.
Beliau juga mengecam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana menggunakan akta yang kejam terhadap para penyokong Bersih.
Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Ripin dipanggil polis untuk memberi kenyataan di Balai Polis Bukit Travers, di Kuala Lumpur pagi tadi.
Beliau mula memberi kenyataan pada kira-kira jam 11 pagi dan hanya keluar pada jam 12.20 tengah hari.
“Saya disiasat kerana memakai baju T Bersih semasa Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga dipanggil ke Balai Polis Bukit Travers pada 23 Jun lalu. Pegawai polis telah menunjukkan gambar saya memakai baju berkenaan pada hari berkenaan,” katanya.
Rozan berkata, beliau dikehendaki hadir di Mahkamah Sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur jam 9 pagi Isnin ini

No comments:

Posting Terkini