Pages

Saturday, June 11, 2011

Grand Prix Bahrain digugurkan dari kalendar F1 musim ini

LONDON 11 Jun – Supremo Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone membuat keputusan menggugurkan Grand Prix Bahrain dari kalendar 2011 selepas kerajaan negara Teluk itu mengakui perlumbaan tidak dijalankan berikutan keadaan politik di negara tersebut.

Pengajur sirkit Bahrain berkata dalam satu kenyataan bahawa perlumbaan yang sepatutnya dijalankan pada Mac lalu tetapi ditangguh akibat berlaku rusuhan berdarah di negara itu, terpaksa dibatalkan.

Persekutuan Pemotoran Antarabangsa (FIA) berkata, mereka menunggu pemegang hak komersial supaya mencadangkan satu tarikh baru kepada Majlis Sukan Motor Dunia dan Ecclestone berkata, ia tidak boleh dilakukan dengan cepat.


“Kita kembali ke asal,” kata beliau kepada Aautosport.com semasa Grand Prix Kanada. “Kami perlu mengemukakan permohonan kepada Majlis Sukan Motor Dunia dalam tempoh hari lagi. Saya sudah mengirimkan sesuatu pagi ini, jadi ini lebih pantas.” - Reuters

No comments:

Posting Terkini