Pages

Saturday, June 11, 2011

Formula One: Vettel terlibat kemalangan di GP Kanada

MONTREAL 11 Jun – Juara dunia, Sebastian Vettel berjalan keluar tanpa sebarang kecederaan selepas kereta Red Bull yang dipandu merempuh dinding ketika sesi latihan pembukaan Grand Prix Kanada, semalam.

Kemalangan itu berlaku selepas pelumba Jerman itu gagal mengawal jenteranya selepas 55 minit daripada 90 minit sesi berlangsung lalu melanggar bebendul jalan dan kemudian merempuh tembok yang digelar “Dinding Kejuaraan”.

“Saya melanggar bebendul, terbabas dan merempuh dinding,” kata Vettel, 23. “Tetapi saya tidak apa-apa.”


Pasa sesi tersebut, pelumba Jerman Nico Rosberg dari Mercedes telah mencatatkan masa terpantas dengan satu minit dan 15.591 saat dengan diekori rapat oleh seteru dari pasukan Ferrari, Fernando Alonso. - AFP

No comments:

Posting Terkini