Pages

Wednesday, June 1, 2011

Australia catat kejatuhan KDNK paling rendah dalam 20 tahun

CANBERRA: Kerajaan berkata bencana angin puting beliung dan banjir di negeri Queensland yang kaya dengan sumber semula jadi dan
Australia Barat memberi kesan yang signifikan kepada pertumbuhan kerana ekonomi Australia berkuat kuat kepada sektor sumber asli.
“Ekonomi terbantut akibat bencana alam tahun ini,” kata Besa Deda dari St George Bank.
Australia bukan sahaja terpaksa berdepan dengan dua jenis bencana alam itu. Faktor-faktor lain turut menyumbang kepada kemerosotan ekonomi.

Pertumbuhan ekonomi negara dipacu oleh kemajuan dalam sektor sumber semula jadi.
Ketika ekonomi China dan India berkembang, permintaan untuk sumber asli Australia menunjukkan pertumbuhan pesat.Bagaimanapun kini keadaan itu telah berubah.
“Kita telah berbulan madu dalam satu tempoh masa yang lama,” kata Jonathan Barratt dari firma broker komoditi.
“Sudah tiba masanya untuk menyusun landasan pertumbuhan ekonomi. Ketika kadar pertumbuhan ekonomi China dan India semakin perlahan maka tahap pertumbuhan di Australia juga akan terkena kesannya,” tambahnya.
Keadaan di pasaran bertukar muram sejak 48 jam yang lalu tetapi angka kejatuhan tidaklah sebegitu teruk seperti yang dijangkakan, kata Barratt.
Kesan negatif dapat dilihat dalam pasaran mata wang.  Dolar Australia meningkat 0.6% berbanding dolar Amerika selepas data-data dikeluarkan.
Ianya ditutup pada 1.0723 berbanding dolar Amerika dalam dagangan di Asia.
- reuters




No comments:

Posting Terkini