Pages

Wednesday, May 18, 2011

Donald Trump tidak tanding jawatan Presiden



Warta Kerajaan Rakyat - NEW YORK: Hartawan dan pemilik siri realiti televisyen terkenal, Encik Donald Trump, kelmarin mengumumkan beliau tidak akan bertanding untuk Parti Republikan bagi mencabar Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, tahun depan. Ini sekali gus menghentikan spekulasi sebelum ini.

Sejak beberapa bulan lepas, Encik Trump, 64 tahun, secara terbuka menimbang kemungkinan bertanding dalam pilihan raya Presiden.


Beliau juga mencetuskan kontroversi dengan terus membidas dan menuduh Encik Obama menyembunyikan sijil kelahirannya yang menunjukkan pemimpin Amerika itu lahir di luar negara lantas tidak layak menjadi Presiden.

'Saya memutuskan tidak akan bertanding jawatan Presiden selepas berfikir panjang dan mempertimbangkannya dengan teliti.

'Saya lebih ghairah dengan perniagaan dan tidak bersedia meninggalkan sektor swasta,' katanya dalam satu kenyataan.Beliau, bagaimanapun, berjanji akan terus menyuarakan pandangan dengan lantang dan membantu membentuk pemikiran ahli politik setempat.

Satu tinjauan yang dikeluarkan semalam menunjukkan 71 peratus daripada 1,000 pengundi berpendapat Encik Trump tidak mempunyai peluang dipilih sebagai calon.

Sekitar 68 peratus daripada pelabur asing pula tidak mempunyai tanggapan yang baik tentang Encik Trump.

Encik Trump merupakan ahli Parti Republikan kedua yang menarik diri daripada bertanding selepas mantan gabenor Arkansas, Encik Mike Huckabee, turut mengumumkan pengundurannya hujung minggu lalu.

Ramai ahli yang merungut parti itu tidak mempunyai calon terkenal untuk bersaing dengan Encik Obama. -- Agensi.





No comments:

Posting Terkini