Pages

Wednesday, May 18, 2011

Anwar tetap Ketua Pembangkang – DAP


KUALA LUMPUR: DAP hari ini mengesahkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap kekal sebagai Ketua Pembangkang, meskipun diarah membela diri pada Kes Fitnah II.
“Kami tidak akan menggantikan ketua pembangkang selagi beliau adalah MP (Ahli Parlimen),” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selepas merasmikan Festival Georgetown di Kuala Lumpur hari ini, dipetik Malaysiakini.
Lim berkata demikian ketika ditanya sama ada keputusan mahkamah yang mendapati kes prima facie ke atas Anwar yang didakwa meliwat Saiful Bukhari Azlan akan menjejaskan Pakatan Rakyat.

“Kita masih kuat dan akan meneruskan agenda pembaharuan,” katanya.
Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamed Zabidin Mohamed Diah memerintahkan Anwar membela diri kerana berpendapat Saiful adalah saksi yang “berkata benar dan berwibawa”.
Bagaimanapun, Lim enggan mendedahkan sama ada Pakatan mempunyai “Rancangan B” jika Anwar didapati ‘bersalah’.
“Kami akan membuat pengumuman apabila perkara itu berlaku,” kata Lim sambil tersenyum dan menambah beliau perlu berhati-hati membuat kenyataan berhubung Anwar kerana ia mungkin diputar belit media milik Umno.
“Kami masih tidak tahu bahawa ia impak positif atau negatif. Lagi ditindas, lagi tinggi menukar sesuatu krisis kepada peluang. Ia tidak semestinya negatif.”






No comments:

Posting Terkini