Pages

Monday, April 11, 2011

Sekilas Dunia


Ada kuasa tahan wanita berburqa
PARIS: Polis Perancis mulai hari ini diberi kuasa menahan wanita Islam yang memakai burqa yang menutup hampir seluruh muka mereka dan mengenakan denda jika mereka enggan mendedahkan muka mereka.

Sedang ada beberapa negara dan wilayah lain telah melarang burqa dan niqab, Perancis, yang mempunyai penduduk Islam terbesar di Eropah, menjadi yang pertama melaksana larangan itu.

Undang-undang itu dikuatkuasa ketika hubungan dengan penduduk minoriti Islam mulai retak, dengan Presiden Nicolas Sarkozy dituduh bertindak demikian hanya bagi mendapatkan semula sokongan golongan berhaluan paling kanan - AFP.

'Baju Merah' mula himpunBANGKOK: Penyokong 'Baju Merah' yang antikerajaan mula berhimpun semalam bagi ulang tahun pertama pertempuran dengan askar Thailand semasa mereka mengadakan perhimpunan raksasa di Bangkok tahun lalu.


Polis meramalkan sehingga 50,000 penyokong akan menyertai perhimpunan di Bangkok itu, yang dijangka turut menyiarkan menerusi sambungan video ucapan bekas perdana menteri Thai dan wira mereka, Encik Thaksin Shinawatra. -- AFP.

Mogok lapar dapat sokonganNEW DELHI: Seorang lelaki 70-an tahun yang mengadakan selama 98 jam mogok lapar menentang rasuah dan akhirnya berjaya mendapatkan konsesi besar daripada pemerintah India, berkata semalam beliau tidak pasti kempennya akan memenangi sokongan negara.

Encik Anna Hazare berkata demikian sehari selepas permintaannya agar diadakan perubahan pada rang undang-undang antirasuah diterima.

Beliau memulakan mogok laparnya di New Delhi Selasa lalu dan memenangi sokongan awam yang marah terhadap skandal rasuah yang mencemari pemerintahan Perdana Menteri Manmohan Singh. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini