Pages

Monday, April 11, 2011

Enam mati ditembak lelaki amuk


ALPHEN AAN DEN RIJN (Belanda): Seorang lelaki bersenjata mesingan menembak orang ramai di sebuah gedung beli-belah sesak semalam, menyebabkan enam orang mati dan 15 cedera sebelum dia membunuh diri, kata para pegawai dan saksi.


Tiga daripada mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal di hospital. Seorang bayi pula cedera ringan, kata Mayor Bas Bas Eenhoorn.

Kejadian amuk itu berakhir apabila lelaki tersebut menembak dirinya di kepala di gedung Ridderhof di kawasan subbandar kira-kira 30 kilometer ke barat daya Amsterdam itu.


'Ia terlalu dasyat untuk diucapkan, ia memeranjatkan kami semua,' kata Encik Eenhoorn.

Lelaki itu dikenal pasti sebagai Tristan van der Vlis, 24 tahun, dan dipercayai bertindak sendirian, kata pendakwa raya, Cik Kitty Nooy.

Satu nota yang ditemui dalam keretanya selepas kejadian itu menyatakan bahawa dia telah meletak bahan letupan di tiga lagi gedung beli- belah di bandar tersebut. Gedung-gedung beli-belah itu dikosongkan tetapi tiada bahan letupan ditemui.

Seorang saksi, Encik Maart Verbeek, memberitahu stesen televisyen NOS penyerang itu kelihatan menembak sembarangan.

'Panik berlaku di gedung, ramai orang bertempiaran,' kata pemilik kedai binatang peliharaan itu.

'Saya melihat penyerang itu datang, berjalan, dan saya masuk ke kedai... saya kemudian melihat dia berjalan lalu dengan mesingan besar,' tambahnya.

Seorang lagi saksi, Cik Martine Spruit, 41 tahun, seorang penyambut tamu, berkata beliau sedang membeli-belah apabila terdengar bunyi tembakan kuat dan orang ramai di kedai bersembunyi di belakang para-para.

Cik Nooy berkata penyerang itu warga Belanda dari Alphen dan pernah melakukan kesalahan undang- undang, termasuk tuduhan memiliki senjata secara tidak sah ketika berusia 17 tahun yang kemudian digugurkan.

Dia tinggal bersama bapanya dan mempunyai permit memiliki lima senjata api, termasuk mesingan itu, kata Encik Eenhoorn.

Undang-undang Belanda melarang pemilikan kebanyakan senjata api tetapi mengecualikan beberapa senjata yang disimpan pengumpul dan untuk tujuan memburu.

Encik Eenhoorn berkata para pendakwa sedang menyiasat apakah permit itu telah diberi dengan betul. -- AP.

No comments:

Posting Terkini