Pages

Sunday, April 3, 2011

‘Saya jijik, mual dengan kandungan komik lucah’


Bahagian depan komik lucah yang
mempersenda pimpinan Pakatan Rakyat

MERLIMAU: “Saya jijik, mual apabila menerima komik lucah yang mahu mengaibkan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Noor Azurah Anuar.
Suri rumah berusia 31 tahun itu bimbang jika komik sejahat itu diedar secara meluas kerana ia  mendatangkan keburukan kepada masyarakat, khususnya umat Islam.

“Saya sangat berharap supaya ia dihentikan segera kerana boleh menyebabkan maruah sesama manusia tercalar. Perbuatan itu tidak baik, tidak senonoh,” kata ibu kepada tiga anak itu ketika dihubungi KeadilanDaily, hari ini.
Mengulas lanjut, Noor Azurah berkata, beliau terkejut apabila menerima komik lucah yang dihantar secara pos kepadanya baru-baru ini.
“Saya terima surat melalui pos yang dihantar daripada Shah Alam ke rumah saya. Tapi, saya tidak menyangka kandungannya komik lucah yang mengait dan mempermain-mainkan pimpinan Pakatan Rakyat.
Sampul yang menunjukkan ia dipos dari Shah Alam. Tertera juga logo 1 Malaysia
Akhir Mac lalu, komik porno itu dikesan tersebar di sekitar Lembah Pantai dan laporan polis sudah dibuat Ahli Parlimennya, Nurul Izzah Anwar tetapi sehingga kini tiada tangkapan dibuat.
KeadilanDaily difahamkan, komik itu turut dipos ke banyak lokasi lain di negara ini dengan terbaru, dikesan di Melaka dan Pahang.
Komik lucah itu menjadi rentetan peristiwa politik tanah air selepas rakyat digemparkan dengan tayangan video fitnah yang didalangi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN).


No comments:

Posting Terkini