Pages

Wednesday, April 20, 2011

Perkasa kecam pemimpin Melayu bisu tentang Al Kitab

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoalkan sikap membisu pemimpin politik Melayu yang membisu dalam isu Al Kitab yang diterbitkan dalam Bahasa Malaysia.
Penerbitan Al Kitab dalam versi Bahasa Malaysia ini telah mendapat bantahan dari badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Jumaat lalu seramai 100 penunjuk perasaan mengadakan demontrasi di perkarangan Masjid Negara Kuala Lumpur.

Setiausaha Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, pemimpin politik Melayu dari Umno dan PAS menjadi bisu dan lesu dalam isu Al Kitab.
“Sejak sekian lama PAS menjadi parti pembangkang, pemimpin mereka selalu lantang mempertahankan ajaran Islam. Pelbagai kecaman (dilemparkan) terhadap Umno, parti yang mengetuai BN sejak merdeka lagi.
“Persoalannya sekarang mengapa Umno tidak berani ke depan berkaitan isu Al Kitab?,” soal beliau.
Mengulas lanjut, Syed Hassan berkata, PAS gagal mempertahankan perjuangan Islamnya dalam isu penjualan arak di Shah Alam setelah mendapat bantahan sekutunya, DAP.
“Agak menghairankan mengapa DAP tidak takut kepada PAS yang sama-sama dalam Pakatan Rakyat memerintah Selangor. PAS sepatutnya mengecam DAP yang mereka (parti itu) akan keluar Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya PAS yang mengalah.
“Ini dianggap sebagai mengadai maruah bangsa dan kesucian Islam.
Walaupun begitu, Umno juga tidak berani menegur rakan kongsinya dalam BN dalam isu-isu yang membabitkan Islam,” katanya.
Menurutnya, MCA, rakan Umno dalam BN,  yang paling lantang mempersoalkan keputusan kerajaan menahan Al Kitab di Pelabuhan Klang.

No comments:

Posting Terkini